Sunday, December 12, 2010

Sesal



Pernahkah anda menangis menyesali perbuatan anda sendiri? Aku penah!!! Baru malam semalam!!!

Ya Allah! Kau kurniakanlah kesabaran kepada hambaMu ini...Ameen..

Me,

Ummi Iman

Sunday, November 14, 2010

Korban & Pengorbanan....


Sekali lagi insyaAllah kita bakal menyambut Aidil Adha...ataupun lebih dikenali sebagai hari raya korban. Pada waktu inilah ramai yg akan mengorbankan binatang2 ternakan sebagai salah satu ibadah dan juga bagi memperingati peristiwa Nabi Ibrahim & Nabi Ismail as.
Tapi bagi aku, pengertian korban itu sendiri teramat luas. Yg paling dekat sekali ialah diri kita sendiri. Apa yg kita perlu korbankan dan apa pengorbanan yg telah kita lakukan selama hidup di dunia yg sementara ini.
Tahun ni, aku perlukan banyak lagi berkorban....berkorban menghapuskan sikap buruk aku, cuma perbaiki diri agar menjadi insan yg lebih baik utk semua org...Sikap buruk yg kurang sabar semakin menjadi2...ntah angin apa selalu je datang x diundang. Mungkin juga keadaan diri aku sekarang yg berbadan dua menjadi faktor penyumbang kepada semua itu. Sukar sekali nak aku hindarkan...emosi yg x stabil secara tiba2.
Aku harap aku akan kuat untuk menempuh semua ini dan moga Allah sentiasa berada di samping aku.
Ameen.
Me,
Ummi Iman

Monday, August 2, 2010

PadaMU Aku Bersujud...



Afghan - PadaMu Aku Bersujud
Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa kulihat
Selain hanya namaMu Ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang slalu bertakwa
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan kurniaMu
Dalam sunyi aku bersujud...
*** Huh, sebak bila dengar lagu ni. Rasanya mcam esok je aku akan mati. Hanya Allah je yg Maha Mengetahui. Nak jadi orang yg bertaqwa dan beriman pun kita kene mintak ngan Allah...bukan boleh dapat macam tu je. Doa tiap2 hari..jangan putus asa. Supaya Allah bg taufik & hidayah Dia pada kita. Hidayah ni bukan seme orang dapat. Hanya yang terpilih je dapat. Jangan sangka kita dah dilahirkan dalam Islam, kita dah dapat hidayah. Tak, hidayah tu kita kene mintak. Kalau nama je Islam, tapi amalan harian x macam orang Islam, sama je kita ngan orang kafir. Hidup bertaqwa ni manis sgt aku rasa (ehhehe aku ni x cukup bertaqwa lagi tu sebab rasa je eheheh). Yelah, hidup semata2 kerana Allah. Bergantung hanya pada Dia. Walau sedih ke susah ke gembira ke seme adalah kerana Dia dan dari Dia. Jika kita yakin ini, InsyaAllah hidup kita akan sentiasa tenang sebab redha dan terima segala ketentuan yang diberikan....
Moga kita digolongkan bersama2 orang2 yg bertaqwa. Ameen.
Me,
Ummi Iman

Friday, July 30, 2010

Ketam Masak Telur Masin (dedicated to Qayqay)






Arini terasa nak masak ketam...tetibe je teringat ketam masak telur masin Qayqay yg bau cam kentut (hahahah gara2 kitaorg x reti nak pilih ketam elok @TMC...bila masak jer..perrrrggghhh baunye sungguh mengharumkan seluruh ruang lingkup rumah)...misi aritu gagal! Xjadik seperti yg diharapkan...hampa!

So arini aku nak try la masak....firstly kenela google dulu resepi...jumpe le beberapa related resepi...bolehla...campur2 seme resepi...hahah janji jadik!



Mula2 kenela ade ketam selaku pelakon utama. So abahlah yg jadik tukang beli ketam....Ketam ni kene lumurkan ngan tepung jagung. Then di 'deep fry'. Dah siap, ketepikan.


Pastu, dah ada hero, kenelah ade heroin. Ni die, telur masin. Amik yg kuning ajer ye (yg putih Nende dah amik wat project lain lak). Haaa kuning telur masin ni kene kukus dulu.



Lepas kukus (dlm 5 minit je) lenyek2 jadik camni. Then, ketepikan.





Lada kecik (ditumbuk xyah lumat sgt) ngan daun kari. Ni pelakon tambahan.






Dah siap seme, masukkan 2 sudu besar mentega ke dalam kuali. Goreng lada kecik, daun kari ngan telur masin skali. Masukkan susu cair dalm 3 sudu besar. Then masukkan ketam.
Kacau2 sampai rata.










Taaaaadddddaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!


v


v


v


v





Siap!




Ni putih telur masin yg nende goreng. Masssiiinnnn mekakkkk!!!











Comment dari pemakan :
Nende : Okla, tapi xde rase kari sgt. Tula mak kata dah tadi, yg Qayqay beli tu ade rase kari. Kene letak rempah kari ni sikit.
Embah : No comment. Makan jelah.
Adik : Sedap! (ngko tu ape je yg x sedap? Seme sedap!)

Me,

Ummi Iman

Thursday, July 29, 2010

Dah habis minum buang kat mana...?

Sedap je air vitagen tu.... air ape ni Iman? Vitagen. "Teten" ahahahhahaha teten? boleh laaaa....ehhehe. Dah habis buang kat mana? Trus je Iman berlari ke dapur. Ingatkan nak buang kat dalam tong sampah. Tup2, dia suh bukak peti ais.

Haaa nampak x tu? Botol vitagen kosong dalam peti ais.

Zooom in skettt...ha ni la die botol vitagen Iman yg dah kosong.




Nie die budak kecik ni...Luv u so much la Iman!!!!



Me,
Ummi Iman







Wednesday, July 28, 2010

Pleaasssseeeee....don't be toooo exaggerate!

Aku mmg cukup tensi dengan orang yg exaggerate ni. Ntahler, lebih kuah dr nasik jer gayanya...Kalau ye pun ko seorang "ibu yg mithali, isteri solehah", janganlah sampai menjatuhkan airmuka orang depan orang ramai. Especially bila tone suara ko tu meninggi mcm nak marah budak kecik! And don't predict anything that u don't know. Nanti malu sendiri!

Ok stop sini je dulu. Kang lama2 aku jadik sakit hati. Dah sakit hati nanti banyak pulak cakap yg x membawa faedah. Kalau dah cakap x bwk faedah, dosa je dapat. So diam itu lebih baik.

Tiada penanggungan yg lebih besar selain dr menahan seteguk kemarahan. >> huhuhu aku tengah try menahan berteguk2 kemarahan nie...nak2 dlm keadaan aku skrg nie.



Me,
Ummi Iman

Wednesday, July 21, 2010

Really Love this Nasyeed!!


I am listening to this nasyeed right now.


http://www.youtube.com/watch?v=c6SVa1oPPWY

Its a memory during my study at UTM. :).

Me,

Ummi Iman

Alhamdulillah...It's a gift from Allah!



Alhamdulillah...it was the 1st word came from my mouth after the digital self pregnancy test kit turned "Pregnant 2-3 weeks". Oh Ya Allah! You heard my wish and you make it comes true. Thank you Allah!.



Pregnant 2-3 weeks

Did you see that? Heheh I know I know...it's blur..(you can blame my camera of 'not up-to-date' handphone..but it's very precious for me since it is a present from my beloved hubby :)).

Everytime after solah I will pray to Allah to always guard the 'little caliph' in my womb from any unfortunately events. Hopefully she/he will stay there inside my womb sound and safely until the day to give a birth...InsyaAllah.

Ameen.

Me,

Ummi Iman

Wednesday, June 23, 2010

Am I Ready....?


Iman dah pun 1 tahun 4 bulan...dah besar pun anak ummi ni. And I am ready for another one. Mase umur Iman 6 bulan aritu, I was pregnant. Pada mulanya mmg agak terkejut, namun bersyukur kepada Allah kerana dipercepatkan rezeki utk menimang cahaya mata yg kedua...
Tapi, kandunganku x lama bertahan...hanya 2 bulan setengah di dalam rahimku. Ohh, sedih sungguh hati hanya Allah sahaja yg tahu. Namun, aku redha. Mungkin ada hikmahnya yg diluar pengetahuan aku.
Kini aku sungguh bersedia. Aku berdoa agar Allah melimpahkan rezekinya kepada kami utk menimang cahaya mata yg kedua...kerana kami amat cinta meramaikan umatmu ya Rasulullah. Amin.
Me,
Ummi Iman

Dimana Kekuatan Itu....


Pernah satu ketika dulu semasa aku masih student, aku lukiskan potret sepasang suami isteri yg mana isterinya berpurdah dan suaminya berjubah dan berserban...(maybe masih ada lagi potret tu). Apa yg mendorong aku utk lukis potret tu pun aku kurang pasti. Tapi, aku rasa tenang dan senang bila melihatnya.
Ketika itu, jauh lagi perjalanan utk aku mengenali siapa bakal suamiku...rakan2 lelaki mmg ramai...tapi tiada yg special. Mmm ada saja yg x memenuhi citarasa (mmm memilih ke? ya dan tidak. Ya, kerana aku nak hidup dunia akhirat dengannya dan tidak sebab dah bukan jodohku :) ). Dalam aku sedar atau tak, mungkin ramai juga yg kecewa krn aku..., x kurang juga yg menaruh hati dalam diam (takut kene reject) dan ada juga yg berkias2 tapi aku buat2 x faham. Ada sesuatu yg aku cari, tapi aku sendiri x pasti apakah ia....
Azam nak kawen lepas grad, senang nak wat family planning...kawen muda, dpt anak cepat and anak besar sebelum tua...tapi perancangan Allah lebih baik. Aku masih x bertemu jodoh lepas dah keje hampir 4 tahun...(ada juga suara2 sumbang asik sound bila nak kawen, memilih, x laku dan sebagainyalah. Mmm tulah kalau x memilih, dah lama kawen kot ehhehehe). Desparate? Tidak...Tapi ianya berbalik pada hati...kalau hati dah suka, segalanya boleh. Tapi kalau hati dah x suka, buatlah macam mana pun, pasti x jadi jugak.
Kalau bukan jodoh, even seorang manager yg kaya raya pun aku boleh tolak. Seorang engineer atau technician semuanya xdpt membuka hati aku...(mmm aku pun xtahula sampai bila nak abis heheheh ). Cuma ada seorang yg berjaya, tapi mmg dah xda jodoh namanya....(malas nak cerita sbb dah tutup buku xnak bukak dah).
Akhirnya penantianku berakhir apabila aku menerima sms dr seseorang yg diperkenalkan oleh kawan baikku, Hana (Thanks Hana & hubby. Jasa korang mmg xkan aku lupa sampai bila2). Kenal dlm henfon jela...telefon, sms. Xkenal rupa hanya tahu nama. Tapi, rupa2nya dalam diam2 dia cari dan tengok aku dari jauh....oh! sungguh tidak adil....dia kenal aku tapi aku tidak.
Singkat sungguh perkenalan kami, 6 bulan kenal, aku dah jadi tunangan dia...dan 6 bulan kemudian, aku sah menjadi isterinya..alhamdulillah. Dan dialah kini suamiku, abah kepada anakku; Iman Rafiqin, seorang karkun, dan salah seorang pencinta sunnah Rasullullah-berbusana jubah dan serban....
Jika di'relate'kan dengan potret yg kulukiskan dulu, separuhnya telah ada...cuma tinggal separuhnya lagi belum memenuhi...akulah itu yg separuhnya lagi...tinggal lagi belum berpurdah. Aku sekarang tengah mengumpulkan kekuatan...kekangannya sekarang cuma professionku. Bekerja dengan syarikat swasta yg mana keseluruhannya mmg payah nak jumpa wanita yg bertudung labuh apatah lagi yg berpurdah. Melainkan aku bekerja sendiri atau menjadi surirumah sepenuh masa. Mampukah aku? Mmm mungkin buat masa sekarang tidak lagi, banyak hutang yg perlu kulangsaikan. Hutang dunia yg x pernah habis, namun hartanya x mungkin boleh dibawa kesana :).
Terfikirkan alternatif lain, tapi mungkin juga akan mengundangkan fitnah. Oohhh....amat payah menjadi seorang wanita...sesungguhnya wanita itu adalah fitnah. Moga Allah memberi petunjuk dan hidayah padaku serta memberi kakuatan untuk aku mengamalkan agamanya dengan sempurna. InsyaAllah, amin.
Me,
Ummi Iman

Thursday, February 11, 2010

Kekuatan Itu Ada PadaNYA...



Alhamdulillah, Allah beri aku kekuatan utk redha suamiku keluar 40 hari. Sejak kawin, dah 2 tahun suamiku x keluar 40 hari. Sebenarnya hatiku kesian padanya tapi fizikal dan mentalku yg x mengizinkan utk merelakan dia keluar. Aku amat memerlukan dia dikala aku amat lemah mengandungkan anak sulong kami. Alhamdulillah, awal tahun ni akhirnya azamnya termakbul jua.



Me,
Ummi Iman