Wednesday, June 23, 2010

Am I Ready....?


Iman dah pun 1 tahun 4 bulan...dah besar pun anak ummi ni. And I am ready for another one. Mase umur Iman 6 bulan aritu, I was pregnant. Pada mulanya mmg agak terkejut, namun bersyukur kepada Allah kerana dipercepatkan rezeki utk menimang cahaya mata yg kedua...
Tapi, kandunganku x lama bertahan...hanya 2 bulan setengah di dalam rahimku. Ohh, sedih sungguh hati hanya Allah sahaja yg tahu. Namun, aku redha. Mungkin ada hikmahnya yg diluar pengetahuan aku.
Kini aku sungguh bersedia. Aku berdoa agar Allah melimpahkan rezekinya kepada kami utk menimang cahaya mata yg kedua...kerana kami amat cinta meramaikan umatmu ya Rasulullah. Amin.
Me,
Ummi Iman

Dimana Kekuatan Itu....


Pernah satu ketika dulu semasa aku masih student, aku lukiskan potret sepasang suami isteri yg mana isterinya berpurdah dan suaminya berjubah dan berserban...(maybe masih ada lagi potret tu). Apa yg mendorong aku utk lukis potret tu pun aku kurang pasti. Tapi, aku rasa tenang dan senang bila melihatnya.
Ketika itu, jauh lagi perjalanan utk aku mengenali siapa bakal suamiku...rakan2 lelaki mmg ramai...tapi tiada yg special. Mmm ada saja yg x memenuhi citarasa (mmm memilih ke? ya dan tidak. Ya, kerana aku nak hidup dunia akhirat dengannya dan tidak sebab dah bukan jodohku :) ). Dalam aku sedar atau tak, mungkin ramai juga yg kecewa krn aku..., x kurang juga yg menaruh hati dalam diam (takut kene reject) dan ada juga yg berkias2 tapi aku buat2 x faham. Ada sesuatu yg aku cari, tapi aku sendiri x pasti apakah ia....
Azam nak kawen lepas grad, senang nak wat family planning...kawen muda, dpt anak cepat and anak besar sebelum tua...tapi perancangan Allah lebih baik. Aku masih x bertemu jodoh lepas dah keje hampir 4 tahun...(ada juga suara2 sumbang asik sound bila nak kawen, memilih, x laku dan sebagainyalah. Mmm tulah kalau x memilih, dah lama kawen kot ehhehehe). Desparate? Tidak...Tapi ianya berbalik pada hati...kalau hati dah suka, segalanya boleh. Tapi kalau hati dah x suka, buatlah macam mana pun, pasti x jadi jugak.
Kalau bukan jodoh, even seorang manager yg kaya raya pun aku boleh tolak. Seorang engineer atau technician semuanya xdpt membuka hati aku...(mmm aku pun xtahula sampai bila nak abis heheheh ). Cuma ada seorang yg berjaya, tapi mmg dah xda jodoh namanya....(malas nak cerita sbb dah tutup buku xnak bukak dah).
Akhirnya penantianku berakhir apabila aku menerima sms dr seseorang yg diperkenalkan oleh kawan baikku, Hana (Thanks Hana & hubby. Jasa korang mmg xkan aku lupa sampai bila2). Kenal dlm henfon jela...telefon, sms. Xkenal rupa hanya tahu nama. Tapi, rupa2nya dalam diam2 dia cari dan tengok aku dari jauh....oh! sungguh tidak adil....dia kenal aku tapi aku tidak.
Singkat sungguh perkenalan kami, 6 bulan kenal, aku dah jadi tunangan dia...dan 6 bulan kemudian, aku sah menjadi isterinya..alhamdulillah. Dan dialah kini suamiku, abah kepada anakku; Iman Rafiqin, seorang karkun, dan salah seorang pencinta sunnah Rasullullah-berbusana jubah dan serban....
Jika di'relate'kan dengan potret yg kulukiskan dulu, separuhnya telah ada...cuma tinggal separuhnya lagi belum memenuhi...akulah itu yg separuhnya lagi...tinggal lagi belum berpurdah. Aku sekarang tengah mengumpulkan kekuatan...kekangannya sekarang cuma professionku. Bekerja dengan syarikat swasta yg mana keseluruhannya mmg payah nak jumpa wanita yg bertudung labuh apatah lagi yg berpurdah. Melainkan aku bekerja sendiri atau menjadi surirumah sepenuh masa. Mampukah aku? Mmm mungkin buat masa sekarang tidak lagi, banyak hutang yg perlu kulangsaikan. Hutang dunia yg x pernah habis, namun hartanya x mungkin boleh dibawa kesana :).
Terfikirkan alternatif lain, tapi mungkin juga akan mengundangkan fitnah. Oohhh....amat payah menjadi seorang wanita...sesungguhnya wanita itu adalah fitnah. Moga Allah memberi petunjuk dan hidayah padaku serta memberi kakuatan untuk aku mengamalkan agamanya dengan sempurna. InsyaAllah, amin.
Me,
Ummi Iman