Thursday, July 29, 2010

Dah habis minum buang kat mana...?

Sedap je air vitagen tu.... air ape ni Iman? Vitagen. "Teten" ahahahhahaha teten? boleh laaaa....ehhehe. Dah habis buang kat mana? Trus je Iman berlari ke dapur. Ingatkan nak buang kat dalam tong sampah. Tup2, dia suh bukak peti ais.

Haaa nampak x tu? Botol vitagen kosong dalam peti ais.

Zooom in skettt...ha ni la die botol vitagen Iman yg dah kosong.




Nie die budak kecik ni...Luv u so much la Iman!!!!



Me,
Ummi Iman







Wednesday, July 28, 2010

Pleaasssseeeee....don't be toooo exaggerate!

Aku mmg cukup tensi dengan orang yg exaggerate ni. Ntahler, lebih kuah dr nasik jer gayanya...Kalau ye pun ko seorang "ibu yg mithali, isteri solehah", janganlah sampai menjatuhkan airmuka orang depan orang ramai. Especially bila tone suara ko tu meninggi mcm nak marah budak kecik! And don't predict anything that u don't know. Nanti malu sendiri!

Ok stop sini je dulu. Kang lama2 aku jadik sakit hati. Dah sakit hati nanti banyak pulak cakap yg x membawa faedah. Kalau dah cakap x bwk faedah, dosa je dapat. So diam itu lebih baik.

Tiada penanggungan yg lebih besar selain dr menahan seteguk kemarahan. >> huhuhu aku tengah try menahan berteguk2 kemarahan nie...nak2 dlm keadaan aku skrg nie.



Me,
Ummi Iman

Wednesday, July 21, 2010

Really Love this Nasyeed!!


I am listening to this nasyeed right now.


http://www.youtube.com/watch?v=c6SVa1oPPWY

Its a memory during my study at UTM. :).

Me,

Ummi Iman

Alhamdulillah...It's a gift from Allah!



Alhamdulillah...it was the 1st word came from my mouth after the digital self pregnancy test kit turned "Pregnant 2-3 weeks". Oh Ya Allah! You heard my wish and you make it comes true. Thank you Allah!.



Pregnant 2-3 weeks

Did you see that? Heheh I know I know...it's blur..(you can blame my camera of 'not up-to-date' handphone..but it's very precious for me since it is a present from my beloved hubby :)).

Everytime after solah I will pray to Allah to always guard the 'little caliph' in my womb from any unfortunately events. Hopefully she/he will stay there inside my womb sound and safely until the day to give a birth...InsyaAllah.

Ameen.

Me,

Ummi Iman

Wednesday, June 23, 2010

Am I Ready....?


Iman dah pun 1 tahun 4 bulan...dah besar pun anak ummi ni. And I am ready for another one. Mase umur Iman 6 bulan aritu, I was pregnant. Pada mulanya mmg agak terkejut, namun bersyukur kepada Allah kerana dipercepatkan rezeki utk menimang cahaya mata yg kedua...
Tapi, kandunganku x lama bertahan...hanya 2 bulan setengah di dalam rahimku. Ohh, sedih sungguh hati hanya Allah sahaja yg tahu. Namun, aku redha. Mungkin ada hikmahnya yg diluar pengetahuan aku.
Kini aku sungguh bersedia. Aku berdoa agar Allah melimpahkan rezekinya kepada kami utk menimang cahaya mata yg kedua...kerana kami amat cinta meramaikan umatmu ya Rasulullah. Amin.
Me,
Ummi Iman

Dimana Kekuatan Itu....


Pernah satu ketika dulu semasa aku masih student, aku lukiskan potret sepasang suami isteri yg mana isterinya berpurdah dan suaminya berjubah dan berserban...(maybe masih ada lagi potret tu). Apa yg mendorong aku utk lukis potret tu pun aku kurang pasti. Tapi, aku rasa tenang dan senang bila melihatnya.
Ketika itu, jauh lagi perjalanan utk aku mengenali siapa bakal suamiku...rakan2 lelaki mmg ramai...tapi tiada yg special. Mmm ada saja yg x memenuhi citarasa (mmm memilih ke? ya dan tidak. Ya, kerana aku nak hidup dunia akhirat dengannya dan tidak sebab dah bukan jodohku :) ). Dalam aku sedar atau tak, mungkin ramai juga yg kecewa krn aku..., x kurang juga yg menaruh hati dalam diam (takut kene reject) dan ada juga yg berkias2 tapi aku buat2 x faham. Ada sesuatu yg aku cari, tapi aku sendiri x pasti apakah ia....
Azam nak kawen lepas grad, senang nak wat family planning...kawen muda, dpt anak cepat and anak besar sebelum tua...tapi perancangan Allah lebih baik. Aku masih x bertemu jodoh lepas dah keje hampir 4 tahun...(ada juga suara2 sumbang asik sound bila nak kawen, memilih, x laku dan sebagainyalah. Mmm tulah kalau x memilih, dah lama kawen kot ehhehehe). Desparate? Tidak...Tapi ianya berbalik pada hati...kalau hati dah suka, segalanya boleh. Tapi kalau hati dah x suka, buatlah macam mana pun, pasti x jadi jugak.
Kalau bukan jodoh, even seorang manager yg kaya raya pun aku boleh tolak. Seorang engineer atau technician semuanya xdpt membuka hati aku...(mmm aku pun xtahula sampai bila nak abis heheheh ). Cuma ada seorang yg berjaya, tapi mmg dah xda jodoh namanya....(malas nak cerita sbb dah tutup buku xnak bukak dah).
Akhirnya penantianku berakhir apabila aku menerima sms dr seseorang yg diperkenalkan oleh kawan baikku, Hana (Thanks Hana & hubby. Jasa korang mmg xkan aku lupa sampai bila2). Kenal dlm henfon jela...telefon, sms. Xkenal rupa hanya tahu nama. Tapi, rupa2nya dalam diam2 dia cari dan tengok aku dari jauh....oh! sungguh tidak adil....dia kenal aku tapi aku tidak.
Singkat sungguh perkenalan kami, 6 bulan kenal, aku dah jadi tunangan dia...dan 6 bulan kemudian, aku sah menjadi isterinya..alhamdulillah. Dan dialah kini suamiku, abah kepada anakku; Iman Rafiqin, seorang karkun, dan salah seorang pencinta sunnah Rasullullah-berbusana jubah dan serban....
Jika di'relate'kan dengan potret yg kulukiskan dulu, separuhnya telah ada...cuma tinggal separuhnya lagi belum memenuhi...akulah itu yg separuhnya lagi...tinggal lagi belum berpurdah. Aku sekarang tengah mengumpulkan kekuatan...kekangannya sekarang cuma professionku. Bekerja dengan syarikat swasta yg mana keseluruhannya mmg payah nak jumpa wanita yg bertudung labuh apatah lagi yg berpurdah. Melainkan aku bekerja sendiri atau menjadi surirumah sepenuh masa. Mampukah aku? Mmm mungkin buat masa sekarang tidak lagi, banyak hutang yg perlu kulangsaikan. Hutang dunia yg x pernah habis, namun hartanya x mungkin boleh dibawa kesana :).
Terfikirkan alternatif lain, tapi mungkin juga akan mengundangkan fitnah. Oohhh....amat payah menjadi seorang wanita...sesungguhnya wanita itu adalah fitnah. Moga Allah memberi petunjuk dan hidayah padaku serta memberi kakuatan untuk aku mengamalkan agamanya dengan sempurna. InsyaAllah, amin.
Me,
Ummi Iman

Thursday, February 11, 2010

Kekuatan Itu Ada PadaNYA...



Alhamdulillah, Allah beri aku kekuatan utk redha suamiku keluar 40 hari. Sejak kawin, dah 2 tahun suamiku x keluar 40 hari. Sebenarnya hatiku kesian padanya tapi fizikal dan mentalku yg x mengizinkan utk merelakan dia keluar. Aku amat memerlukan dia dikala aku amat lemah mengandungkan anak sulong kami. Alhamdulillah, awal tahun ni akhirnya azamnya termakbul jua.



Me,
Ummi Iman