Thursday, November 12, 2009

Sesungguhnya aku merancang, DIA pun merancang...namun perancangan DIA adalah TERBAIK!

Ya Allah...terlalu banyak pengalaman yg Kau berikan selama aku hidup di bumiMu ini. Pengalaman mengajar aku tentang apa yg slalu aku impikan/inginkan tidaklah semuanya terbaik utk diriku.
Bila aku kenangkan semula satu persatu, ternyata hikmahnya kulihat skrg...dr mulanya aku terpaksa korbankan cita2ku utk menjadi arkitek yg mana skrg aku bekerja dlm bidang IT...sehinggalah jodoh aku yg mana aku inginkan pasanganku org luar dr negeri tempat tinggalku (;P), tapi Allah Maha Mengetahui jodohku akhirnya org satu daerah!
Walaupun hampir kebanyakan impianku x dpt kukecapi, namun aku bersyukur kerana Allah gantikan dengan yg lebih BAIK dr itu! Aku gembira dan tenang dengan kehidupan sekarang.
Kerjaku skrg xperlu balik hingga lewat malam, x perlu bersesak dengan org ramai dlm LRT/bas/Komuter, x perlu stuck berjam2 dlm traffic jammed, x perlu tuang minyak banyak kali sebab jauhnya tempat keje dan boleh sampai rumah awal :). Alhamdulillah.
Suamiku pula seorang yg amat memahami, ringan tulang (slalu tlg aku tanpa dipinta...tq abang!), penyayang, penyabar dan pentingkan agama+slalu wat usaha agama (ni kriteria aku paling penting utk memilih calon suami ehehhehe). Walaupun aku x kenal lama dgn dia (hehehe tu pun member yg kenalkan :P), setahun kenal trus nikah...alhamdulillah dia seorang suami dan abah yg baik...:). Sesungguhnya Allah lebih mengetahui siapa yg lebih sesuai bg kita utk saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Banyak lagi perkara yg aku alami yg tidak berlaku mengikut perancanganku namun hikmahnya amat besar bagiku...maka dengan itu, aku x perlu lagi risau, sedih ataupun kecewa sbb segalanya adalah di dalam perancanganNYA. Aku teramat yakin segala yg berlaku adalah yg terbaik utk diriku. Dan anda juga perlu yakin apa sahaja yg berlaku pada anda adalah yang terbaik.
Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan sesuatu yg tidak mmapu dipikul...jika kita terasa sesuatu ujian/dugaan itu teramat berat utk kita, yakinlah yg kita mampu dan kita adalah yg bertuah kerana terpilih utk memikul beban itu...hanya org yg benar2 kuat dan tabah sahaja yg boleh menghadapinya....Yang penting, mengadulah padaNYA dan berdoalah kerana DIA amat rindukan dambaan hambaNYA.




Me,
Ummi Iman

No comments: